Merokok Tempat Awam, Denda RM250 Serta Merta

0
1128

Selepas 31 Mei ini perokok tegar di luar sana mungkin perlu berhati-hati apabila hendak merokok di kawasan awam terutamanya taman awam kerana denda RM250 serta merta akan dikenakan.

BACA: Tak Malu Jual Air Jagung, Raih RM1,500 Sehari

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman memberitahu, bermula 1 Jun ini pihak kementerian kesihatan tidak akan menggunakan pendekatan penguatkuasaan pendidikan seperti sebelum ini.

Langkah tersebut diambil setelah pewartaan pindaan Peraturan 119(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.

Menurut beliau buat masa ini, pendekatan mendidik dan memberi kesedaran masih digunakan bagi menyedarkan orang awam tentang kesalahan merokok dan hanya mengeluarkan notis amaran kepada perokok di taman-taman awam.

“Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa terus mengeluarkan notis kesalahan serta merta kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan kompaun minimum dikenakan RM250 atau sehingga maksimum RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.

Dr Lokman turut mengulas lanjut bahawa program penguatkuasaan pendidikan itu dilakukan secara berperingkat-peringkat terhadap 1,280 taman rekreasi dan riadah dan menglibatkan 4,504 penguat kuasa.

“Manakala secara keseluruhannya sepanjang tahun lalu, 40,936 notis kesalahan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dengan nilai denda RM4,448,338,” katanya.

Semua kawasan di taman awam adalah kawasan larang merokok kecuali di tempat letak kereta terbuka dan tiga tempat utama yang menjadi tumpuan ramai seperti menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi di Taman Negara dan Taman Negeri, dilarang merokok.

VIDEO: Sedap Ke Tidak Mi Segera Berperisa Tom Yam Jenama M*M**?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram