Minat Bola, Bertudung Bukan Penghalang

0
30339
Gambar: Instagram Nur Syahindah

Mempunyai impian menjadi seorang pemain bola sepak wanita yang professional seorang gadis bertudung litup yang berasal daripada Kelantan tidak mengambil kisah pandangan serong sesetengah pihak kepada dirinya.

BACA: Keadaan Lokasi Olimpik Rio 2016 Selepas 6 Bulan

Bahkan keadaan itu lebih memberi semangat kepada Nur Syahindah Mohd Kamal, 20, untuk mengejar cita-citanya dan lebih serius dalam sukan bola sepak ini.

A photo posted by Nur Indah (@ronaldinho_klatey) on

“Saya jadikan itu sebagai satu semangat untuk saya tunjuk yang kita wanita juga boleh bermain bola sepak.

“Sebab sesetengah orang sahaja yang selalu merendahkan saya; ada yang kata perempuan lebih baik pergi masak di dapur. Sebab itu saya jadikannya pembakar semangat.” ujarnya ketika ditemui Projek MMO.

A photo posted by Nur Indah (@ronaldinho_klatey) on

Buat masa ini Nur Syahindah bermain dalam posisi pertahanan kiri dan mewakili pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dan bermain untuk merebut kejuaran Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW).

Beliau yang mula serius bermain bola sepak dan futsal sejak tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2014 itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada kedua ibu bapanya bahkan ibunya turut menemaninya ketika sesi pemilihan untuk pasukannya sekarang.

Nur Syahindah yang banyak mempelajari teknik permainan bola sepak daripada video-video perlawanan Barcelona dan juga Crotia itu menjadikan Ivan Rakitic dan Nor Farhan Muhammad sebagai idola dalam sukan bola sepak ini.

VIDEO: Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram