Minum Kopi Dicampur Halia Baik Untuk Kesihatan Badan

0
497

Anda mungkin pernah memesan teh halia jika ke restoran ataupun kedai mamak. Kelazatan teh halia yang lemak manis dan menyegarkan ini sering menjadi pilihan terutama bagi mereka yang mengalami masalah perut kurang selesa.

BACA: Ramen Cengkerik Dan Ulat Goreng Trending Di Jepun?

Kombinasi teh dan halia sangat ideal sebenarnya. Namun tahukah anda kopi juga sangat baik untuk kesihatan jika dicampurkan dengan halia?

Kopi yang dicampur dengan halia sangat unik rasanya dan merupakan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh.

Agen antioksida utama

Sumber dari healthyliving.natureloc.com

Kajian yang dijalankan menunjukkan kopi merupakan agen antioksida utama dalam carta kesihatan diikuti oleh halia. Jadi, menggabungkan kedua bahan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Kopi asli dikatakan mampu merawat penyakit seperti kanser kolon, diabetes jenis 2, Parkinson dan sebagainya lagi. Halia pula telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu baik dalam masakan mahupun perubatan.

Menurut laman sesawang kesihatan Nicksfit, halia berfungsi sebagai antibakteria, antioksida, anti kanser, menurunkan kadar kolesterol di samping melindungi hati.

Guna serbuk halia lebih senang

Sumber dari littlebirdtherapies.com

Kombinasi halia dan kopi mampu meningkatkan fungsi antioksida dan anti radang kepada tubuh kita.

Nicksfit turun menyarankan agar menggunakan serbuk halia berbanding halia segar kerana ia bukan sahaja lebih mudah, tetapi melancarkan peredaran darah dan membantu proses penghadaman.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Takoyaki Bapak Panas!