Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia

0
1951

Heboh kebelakangan ini, super hero meniaga makanan dan minuman. Di Kelantan, aksi spiderman menjual nasi lemak ternyata menarik perhatian pelanggan sehingga boleh menjual 200 bungkus sehari.

BACAMakin Ramai Super Hero Meniaga, Apa Sudah Jadi Malaysia?

Di Sabah pula, lain kisahnya. Bukannya spiderman versi Sabah sebaliknya deadpool pula yang menakluki Sabah. Oleh itu, jangan sesiapa yang berani kacau. Sabah milik deadpool seorang sahaja.

Kalau super hero lain ingin meniaga, mereka perlulah mencari kawasan baru seperti di Perak, Selangor mahupun Kuala Lumpur. Dengar baik-baik Kluangman, Batman dan Superman.

Lain pula ceritanya di Indonesia. Di sana, tugas super hero adalah menyelamatkan orang ramai seperti dalam filem. Tugas untuk menjual makanan dan minuman diambil alih oleh para hantu.

Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia-vitdaily05

Seram, bukan? Di Medan, terdapat sebuah gerai yang menjual makanan dan minuman yang mana tukang masak dan pelayannya merupakan pontianak.

Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia-vitdaily07

Anda berani ke nak makan di sana? Kalau ya, Gerai Medan Horror Martabak meyediakan pelbagai juadah makanan berasaskan India seperti berikut yang disediakan oleh pontianak:

Resepi Ketiau Goreng Doli Taiping, Masak Sendiri Di Rumah-VITDAILY01

Senarai menunya memang menyelerakan tetapi apabila mengetahui pontianak yang menyediakannya terus terputus selera makan kami.

Namun, itu hanyalah gimik sahaja. Sebenarnya mereka bukanlah pontianak asli. Mereka hanyalah pontianak jadian yang mengenakan kostum seperti pontianak untuk memberikan satu kelainan.

Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia-vitdaily02

Usaha mereka ini merupakan satu daya penarik orang ramai untuk berkunjung ke sana. Bukankah teknik ini merupakan salah satu pemasaran secara percuma?

Pemilik gerai murtabak horror, Raja Pungawana mengakui suasana menyeramkan yang diciptakan di gerai tersebut justru ternyata memikat pelanggan.

“Dengan adanya hantu pontianak buatan, pengunjung akan lebih teruja terutama anak-anak.”

Walaupun ‘pontianak’ yang meniaga tetapi orang ramai tetap berpusu-pusu mengunjunginya. Ternyata manusia sudah tidak takut dengan hantu sekarang.

Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia-vitdaily01

Tugas ‘pontianak’ tersebut adalah melayan para pelanggan. Namun terkenal dengan sikap nakal sejak dulu lagi, mereka juga ‘mengacau’ manusia yang berkunjung di gerai tersebut.

Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia-vitdaily04

Jika anda ingin berkunjung ke Medan dalam masa terdekat, bolehlah berkunjung ke sini. Ia terletak di jalan Gatot Subroto Simpang Merbau, Medan Sumatera Utara ini tidak pernah sepi pengunjung.

Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia-vitdaily06

Cubalah, mana tahu jika anda mencuba menu disediakan oleh pontianak jadian, tiba-tiba hijab anda terbuka dan boleh melihat pontianak sebenar (itu hanya gurauan sahaja).

Inilah daya tarikan terbaru jika berkunjung ke Medan.

Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.