Mountain Dew Buat Ayam Perapan Lebih Lembut

0
10470

Anda pasti tertanya-tanya apakah rasanya bila air minuman berkarbonat dicampur dalam masakan? Bagi yang biasa menggunakan cara ini, air berkarbonat membantu untuk melembutkan daging perapan sebelum dimasak malah turut memberi rasa yang berbeza mengikut perisa yang digunakan.

BACA: Resepi Terkenal Pulut Ayam Thailand

Sumber dari thespruce.com

Kali ini, kami kongsikan dengan anda resepi ayam perapan bersama air berkarbonat Mountain Dew. Resepi ini diinspirasikan oleh rakyat Korea yang mencampurkan air minuman citrus soda atau Sprite untuk melembutkan ayam perapan.

Anda hanya perlu perap ayam atau daging selama 4 jam sebelum ianya digoreng, dibakar atau dipanggang. Ianya sangat mudah dan semestinya ayam perapan anda lebih lembut dan juicy.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih (cincang)
Sedikit halia (cincang)
1 cawan air Mountain Dew
1/4 cawan sos soya
1/4 cawan minyak sayuran
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk cili
Sedikit daun bawang (hiris)

Cara-cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas.
2. Gaul hingga sebati.
3. Perapkan ayam selama 4 jam.
4. Goreng, bakar atau panggang hingga masak.

Sumber dari seriouseats.com

Pastikan ayam perapan tadi tidak overcooked bila memasak untuk mengelakkan ayam menjadi kering dan keras. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan-Makan: Kepak Ayam Bibie