Mufti: Henti Promosi Nasi Lemak Gay, Pondan

0
9829

Habis satu Malaysia kecoh bila kehadiran dua nasi lemak yang mempunyai nama yang cukup berani untuk diketengahkan – Nasi Lemak Gay & Nasi Lemak Pondan viral di sosial media. Ada yang menghina dan mengecam malah ada juga yang memperjuangkan seksualiti masing masing.

BACA: “Saya Bukan Letak Nama Nasi Lemak Gayboy Pun”

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan bahawa penggunaan perkataan yang menjuru kepada golongan homoseksual seperti pondan dan gay adalah haram kerana ia bertentangan dengan Islam.

“Itu nama-nama yang tidak baik. Haram. Ia menarik orang ramai ke arah kehidupan pondan dan gay. Ia nanti akan mengundang fitnah terutama kepada pembeli-pembeli yang dikatakan suka atau cenderung kepada pondan dan gay,” katanya kepada mStar Online.

Oleh sebab itu, Harussani menasihatkan peniaga yang terbabit agar tidak meneruskan promosi sedemikian selain menukarkan nama kepada jenama yang lebih baik.

Sebelum ini, pemilik Nasi Lemak Gay menjelaskan bahawa gerainya kini ditutup buat sementara waktu kerana terpukul dengan kecaman hebat di laman sosial.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Pasta Makan Puas Hati Kat Cheras?