Muka Cuak Tak Terkata Terjatuhkan Kek Pengantin

0
24518

Seakan menjadi satu perkara wajib iaitu kek yang menjadi hadiah di atas dulang hantaran ketika majlis perkahwinan dan biasanya memang akan diberikan tumpuan oleh orang ramai.

BACA: Suka Pizza? Ini Gaun Untuk Anda Di Hari Perkahwinan

Oleh kerana itulah kebiasaannya kek tersebut akan dihias cantik sama ada menggunakan fondant atau icing cream dan akan dibawa ketika berarakan rombongan pengantin.

Namun begitu pernahkah anda terbayangkan salah seorang ‘dulang boy‘ tanpa sengaja menjatuhkan kek yang ditempah khas untuk majlis perkahwinan tersebut.

Perkara inilah yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter, @aimanariffAAK bila mana dia memuatnaik video ketika dia sedang memegang kek hantaran untuk satu majlis perkahwinan ahli keluarganya.

Akan tetapi secara tidak sengaja kek tersebut telah terjatuh sewaktu dia ingin meminta seorang lagi ahli keluarganya (atau rakannya) yang sedang merakam video untuk memegang kek tersebut.

Sehingga kini video reaksi terkejutnya itu telah menerima 267 respon, 31,000 retweet dan 11,000 likes di Twitter.

Ada yang mengatakan video tersebut hanyalah lakonan kerana seolah-olah segalanya telah dirancang namun ada juga yang berpendapat video tersebut adalah satu aksi spontan.

Setelah itu Aiman Ariff turut tweet susulan kejadian tersebut yang mana dia mengantikan kek yang jatuh tersebut dengan brownies untuk dimakan bersama ahli keluarganya.

Dia juga turut mengatakan terdapat sedikit adegan aksi kejar mengejar dia dan ahli keluarganya disebabkan kecuaiannya itu.

Apa-apa pun sekira anda menjadi dulang boy atau dulang girl, sila hati-hati ketika membawa barang hantaran dan belajar daripada kesilapan Aiman Ariff ini.

VIDEO: Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram