Mula Modal RM100, Suami Isteri Nekad Jual Sushi

0
9948
Gambar: Harian Metro

Atas minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan, sepasang suami isteri memulakan perniagaan sushi mereka dengan hanya bermodalkan RM100 dan kini semakin bertambah maju dan mendapat tempat di hati para pelanggan.

BACA: Kit Kat Perkenal Sushi Coklat Terbaru

Atiqah Sulaiman, 27, dan Mohd Firdaus Ayub, 27, memulakan perniagaan sushi setelah belajar daripada kakak iparnya tentang cara pembuatan sushi yang betul.

Gambar: Harian Metro

Setelah itu mereka mula berniaga di pasar malam namun ketika itu jualan mereka tidak memberangsangkan namun perkara itu tidak mematahkan semangatkan mereka berdua.

Menurut Atiqah pada mula perniagaan mereka hanya mampu menjual lapan gulung sushi namun setelah memasarkan melalui Facebook, tempahan yang diperolehi semakin bertambah dan kini melebihi 80 gulung untuk setiap hari.

Menggunakan jenama Sushika, mereka kini mempunyai tiga orang kakitangan yang bertugas sebagai pengambil tempahan online, penghantar dan juga penggulung sushi.

Sushika mendapat tempat di hati para pelanggan kerana yakin dengan cara penyediaan sushi yang dilakukan dengan cara yang bersih serta halal.

Selain itu, Atiqah dan Firdaus turut memberikan citarasa tempatan kepada sushi mereka dengan menambah sambal dan serunding kepada sushi yang dihasilkan.

Dulu tak suka tapi kini gemarkan sushi

Gambar: Harian Metro

Atiqah turut berkongsi jika sebelum ini ada pelanggan mereka tidak gemarkan sushi kerana rasanya namun setelah merasai Sushika, mereka mula dapat menerima hidangan daripada Jepun itu.

“Tidak sangka pula, ramai pelanggan saya sebelum ini tidak suka makan sushi kini sering membuat tempahan dengan kami kerana bagi mereka rasa sushi ini dapat diterima tekak.

“Lagipun, sushi kami dimasak sepenuhnya kerana tidak semua orang suka makan sushi dengan ikan atau makanan laut mentah. Selain itu, kami juga membuat sushi daripada daging dan ayam untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang tidak boleh makan makanan laut,” katanya kepada Harian Metro.

Dapat bantu orang lain

Gambar: Harian Metro

Dalam masa yang sama, Firdaus turut berkongsi buat masa sekarang perniagaan mereka bukan lagi hanya tertumpu untuk menjana ekonomi sendiri.

Kini mereka juga dapat membantu orang lain dengan menjadi ejen Sushika serta menyediakan peluang pekerjaan untuk generasi muda.

Antara menu yang Sushika sediakan adalah merecik hawau (sambal), maharaja udang, maharani salmon, serunding, tuna mayonis, inari lembu eksotik dan inari BBQ salmon dan mampu tahan selama dua hari jika disimpan dalam peti ais.

VIDEO: Jaga-Jaga Jika Kawan Belanja Makan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram