Murah Betul Chicken Chop Harga RM4.50

0
8834
Gambar: Sinar Harian

Apabila sebut tentang makanan barat semestinya anda akan terbayang harganya yang sedikit mahal, kebiasaannya berharga RM10 keatas dan mungkin tidak dijadi menu harian ketika hendak menjamu selera di kedai.

BACA: 7 Perkara Wanita Bertudung Ini Belajar Dari Mengembara

Namun begitu seorang pengusaha restoran di Tasek Gelugor, Pulu Pinang telah memperkenalkan menu chicken chop dengan harga semurah RM4.50.

Menu yang diperkenalkan di Restoran 9 Big Plate itu menerima respon yang positif daripada para pelanggan kerana ia memberikan kepuasan kepada yang memesan menu tersebut.

Ini bertepatan dengan niat pemilik restoran, Amir Mat, 49, yang tidak terlalu kisahkan keuntungan dan meletakkan kepuasan pelanggan sebagai prioriti dalam pernigaannya.

“Biarpun dijual dengan harga yang murah, namun menariknya dari segi saiz ayam yang diletakkan dalam hidangan ini, tidaklah sekecil mana, dan paling memuaskan hati adalah ayam yang disajikan merupakan kepingan daging ayam yang tidak bertulang.

“Ayam yang saya beli untuk hidangan chicken chop ini sama saja harganya dengan harga pasaran tapi pada saya soal keuntungan bukan fokus utama, apa yang penting kepuasan pelanggan yang menikmatinya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Antara hidangan lain di restorannya.

Set chicken chop di restoran miliknya ini turut dilengkapi dengan hidangan kentang goreng dan coleslow yang dibuat sendiri setiap hari bagi memastikan kesegaran sayur-sayuran.

Ujarnya lagi kuah chicken chop yang digunakan turut dihasilkan sendiri dan akan dihidangkan ketika masih panas untuk setiap pesanan chicken chop tersebut.

Selain daripada chicken chop, restoran ini turut meyediakan puluhan menu lain yang merangkumi makanan tempatan, masakan Thailand dan juga makanan barat yang lain.

VIDEO: Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!! 😱 😱 🔥 🔥

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram