Nak Cuti Punya Pasal, Tikam Diri Sendiri

0
458
Sekadar gambar hiasan

Mengalami tekanan kerja dan sukar mendapatkan cuti seorang lelaki sanggup menikam dirinya sendiri supaya majikannya memberi kebenaran cuti kepadanya.

BACA: Lelaki Kurang Siuman Nak Tegakkan Menara Condong

Akan tetapi helahnya itu dapat dikesan oleh pihak polis dan lelaki tersebut telah ditahan pada hari yang sama.

Menurut pihak polis, lelaki bernama Masaru Miura, 54, yang berasal dari Bandar Kasugai, Aishi telah menikam bahagian pinggulnya dengan pisua berukuran 13 cm panjang di sebuah tandas stesen kereta api Nagoya.

Masaru telah melakukan perbuatan tersebut pada jam 7.20 pagi pada 22 Februari yang lalu dan mendakwa ada lelaki lain yang menikamnya dari arah belakang.

Namun begitu ketika sedang diberikan rawatan, pihak polis telah menyoal siasat Masaru dan ketika itu dia mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Tandas yang menjadi lokasi kejadian

Masaru menceritakan dia menjumpai pisau tersebut di sebuah belukar berdekatan stesen kereta api dan nekad menikam dirinya sendiri kerana tidak mahu pergi kerja.

“Saya tidak mahu pergi kerja jadi saya melakukannya dan jika saya cedera, saya fikir saya tidak perlu pergi kerja,” ujarnya.

Dia ditahan polis atas kesalahan menganggu tugas polis namun begitu menerusi laporan TomoNews Jepun, Masaru dikatakan mengalami masalah mental berkaitan kerja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: 40 Nasi Lemak Boleh Makan Sekali Hadap?