Nak Kurus Atau Sihat, Beri Perhatian 8 Perkara Ini

0
18497

Mempunyai bentuk badan yang gempal dan berlemak bukanlah menjadi idaman setiap orang. Kalau boleh, kita mahukan badan yang ideal dan bebas dari sebarang penyakit.

BACA: Doktor Bidas 4 Mitos Makanan Mengarut

Untuk memiliki badan yang langsing dan menarik, seharusnya kita mulakan diet seimbang dan mengamalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Elakkan juga dari mengenakan produk kurus kerana tidak semua orang berjaya menurunkan berat badan dengan hanya memakannya.

Kami kongsikan dengan anda lapan perkara yang harus diberi perhatian jika anda mahu kurus atau sihat.

1. Kekal mindset untuk kurus

Jika anda mahu menguruskan badan, maka anda harus set minda anda untuk bersungguh-sungguh dalam menjayakannya.

Jangan menunda untuk melakukannya sebaliknya lakukan terus. Bukannya menunggu keesokan hari atau bulan depan.

Apabila anda menunda untuk menguruskan berat badan ianya akan mengundang masalah. Akhirnya, anda akan gagal untuk menguruskan badan.

Jika anda bermula dengan diet, anda haruslah kekal dengan komitmen tersebut. Jangan sesekali membiarkan nafsu anda mengambil alih mindset yang telah ditetapkan.

Diet anda tidak akan menjadi jika komitmen anda lemah.

Diet hanyalah kegiatan jangka pendek anda dalam usaha menurunkan berat badan. Cabaran sebenarnya adalah pada mental, emosi dan spiritual anda.

2. Kaji dan faham berkenaan kalori

Sumber dari getty images

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar saat anda tidur? Bukan bermaksud anda perlu tidur sepanjang hari, tetapi keadaan yang tenang sewaktu tidur lebih memudahkan kalori dibakar oleh badan berbanding stres.

Kalori adalah nilai untuk mengira tenaga. Tenaga yang anda perlukan untuk bergerak sehari-hari. Jadi, setiap kali anda bergerak, anda sebenarnya membakar kalori tanpa disedari.

Orang yang gemuk mempunyai banyak kalori kerana mereka menghasilkan lebih kalori berbanding membakarnya melalui pemakanan dan rutin yang tidak sihat.

Bagi wanita normal, kalori yang diperlukan adalah 2000 kalori sehari manakala lelaki kebanyakannya adalah 2500 kalori.

3. Makan jika lapar, berhenti sebelum kenyang

Kegemukan adalah kerana adanya lebihan kalori. Selain melakukan senaman, kita juga boleh mengurangkan kalori menerusi cara pemakanan.

Jadi, bagaimana jika kita lapar? Diet merupakan cara terbaik, namun ia mungkin membuatkan perut kita lapar sentiasa.

Pemakanan seimbang amat perlu dalam usaha menurunkan berat badan. Makanlah makanan yang rendah kalori tetapi mengenyangkan.

Makan makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi seperti kekacang dan daging, dan lebihkan meminum air masak.

Jika makan, pastikan portion makanan anda sesuai dengan keadaan. Bukannya makan hingga kenyang, tetapi makan secara seimbang dan tidak mengikut nafsu.

4. Jangan makan lewat malam.

Waktu makan ideal bagi makan malam ialah sebelum maghrib. Jangan makan berat sebelum tidur, sebaiknya makanlah sekitar 4-6 jam sebelum tidur.

Jika anda makan, kemudian anda tidur, maka makanan yang masuk ke dalam tubuh anda akan bertukar menjadi lemak.

5. Elak makanan tinggi gula

Sumber dari vuality.com

Antara penyebab kegemukan adalah kadar gula yang tinggi. Kebanyakannya dari makanan dan minuman yang kita minum seharian.

Seeloknya, elakkan minuman berkarbonat dan jus di kedai makan. Bukannya langsung tidak mengambil gula, tetapi kurangkan kadarnya sahaja.

Gula memang diperlukan tubuh manusia, tetapi tidak berlebih. Gula yang cukup untuk tubuh adalah seperti gula yang terdapat pada buah-buahan.

Jika anda makan makanan yang mengandung gula berlebih secara berterusan, bukan hanya kegemukan, tapi anda juga berisiko mendapat penyakit.

6. Pastikan kandungan kalori sebelum makan

Sebaiknya anda pastikan dahulu kandungan kalori yang ada dalam setiap makanan yang ingin anda makan. Elakkan menggoreng makanan, sebaliknya masak dengan cara rebusan atau bakar.

Pastikan juga anda menggantikan nasi dengan sayuran atau buah. Nasi perlu juga, namun portionnya tidak sepertimana biasa.

7. Jangan lupa bersenam

Sumber dari diarikurus.com

Kurangnya kalori di dalam badan mengakibatkan proses penurunan metabolisme badan. Akibatnya, otot anda akan menjadi lemah dan sakit.

Bagi mengelak masalah ini, pastikan anda bersenam secukupnya. Jangan abaikan senaman kerana ia mampu mempercepatkan proses kurus.

Tidak perlu bersenam hari-hari, tapi cukuplah dengan hanya tiga hari seminggu, sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi.

Jika tidak mampu ke gimnasium, anda juga boleh bersenam sendiri. Lakukan aktiviti senaman di rumah menerusi video senaman yang boleh anda dapati di internet.

8. Kekalkan momentum dan komitmen

Badan tidak akan menjadi kurus dan sihat sekiranya kita tidak mengekalkan momentum dan memberi komitmen yang tinggi.

Pasti akan ada pengaruh luar yang kuat untuk menggagalkan proses kurus anda. Namun, kecekalan hati dan motivasi harus ditanam dengan baik.

Jika mampu, berjumpalah dengan pakar pemakanan dan bersenamlah di gimnasium dengan bantuan pelatih. Kelak, badan yang sihat dan ideal akan menjadi milik anda. Selamat berusaha!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Memang Berebut Makan Gulai Ikan Tongkol Kat Sini