Nasi Lemak Gay Bikin Warga Laman Sosial Marah!

0
7473

Menamakan gerai jualan dengan satu nama yang sensasi seakan menjadi satu trend yang terbaru bagi brand awareness ataupun membuatkan orang mengingati gerai jualan mereka.

BACA: Hati Hati Kandungan Garam Dalam Mi Kuning

Jika sebelum ini ada Nasi Lemak Anak Dara yang viral di laman sosial media sehingga disebut-sebut ketika perbentangan bajet negara dan seterusnya muncul gerai-gerai jualan yang menggunakan nama yang sensasi.

Bahkan pada minggu lepas hangat dikatakan mengenai gerai Nasi Lemak Pondan yang dibuka oleh Jojie Kamaruddin di Jalan Permaisuri Cheras dan ramai yang memberikan pelbagai respon sama ada menyokong usaha mencari rezeki mahupun ada yang mengecam nama tersebut.

Awal minggu ini pula laman sosial media sekali lagi viral tentang gerai Nasi Lemak Gay yang dibuka oleh Adi Yusuf berhampiran Petronas Taman Segar Cheras.

Kami meneliti komen dan maklum balas orang ramai di laman sosial media rata-rata memberikan respon yang kurang selesa dengan nama Nasi Lemak Gay tersebut.

Ini kerana ia menyentuh sensitiviti seksual dan daripada sudut pandang Islam juga melarang perbuatan tersebut.

Daripada sudut adat dan budaya pula, kita di Malaysia terkenal dengan masyarakat timur yang penuh dengan sifat malu dan sensitif terhadap isu-isu ini.

Pada kami sendiri merasakan nama yang diberikan seperti Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay itu seolah-olah telah melampaui batas norma masyarakat dan seharusnya para peniaga menjadi lebih sensitif dan tidak memilih nama-nama seperti ini demi meraih perhatian masyarakat.

Dalam masa yang sama produk-produk lain seperti kopi mahupun jamu yang menggunakan nama yang berunsurkan seksual tidak sepatutnya terjadi bahkan di laman sosial media ada pengusaha produk yang membuat iklan pemasaran yang berunsurkan seksual.

VIDEO: Cuba Teka, Berapa Harga Makanan Kat Hotel Ni? 😱 😱 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram