Nasi Lemak Mahal Sangat, Terus Cabut Lari

0
32721
Nasi lemak yang dipesan lelaki tersebut. Gambar: All Singapore Stuff

Kebiasaannya berapakah harga yang anda sanggup bayar untuk sepinggan nasi lemak? Harga sepinggan nasi lemak bergantung kepada rasa kesedapannya dan juga di mana ia dijual, sudah pastinya berbeza harga nasi lemak gerai tepi jalan dan nasi lemak di kopitiam atau restoran.

BACA: Roti Bakar Unicorn Kegilaan Ramai Sekarang

Seorang lelaki di Singapura terkejut dengan harga nasi lemak yang dipesannya kerana berharga SGD8 (RM25.22) yang mana ia melebihi harga nasi lemak yang kebiasaannya hanya berharga sekitar SGD2-SGD6 (RM6.31-RM18.92).

Ketika memesan set nasi lemak di sebuah kopitiam di Block 353, Clementi Avenue 2, lelaki berkenaan telah menambah 1 hotdog, sebiji telur goreng, seketul ikan goreng dan juga sedikit kuah kari.

Apabila mengetahui harga set nasi lemak tersebut adalah RM25, lelaki berkenaan memberi alasan untuk pergi ke bank untuk mengeluarkan duit.

“Saya beritahu pelayan itu yang saya hendak mengeluarkan duit, dan setelah itu saya larikan diri.

“Saya tak akan bayar SGD8 untuk makanan tersebut, ia terlalu mahal,” ujar lelaki tersebut.

Pada pendapat kami lelaki tersebut tidak perlulah melarikan diri begitu sahaja, sebaiknya dia perlu memeriksa harga makanan di dalam menu sebelum membuat sebarang pesanan.

VIDEO: Roti John Cheese Padu, Meatball Cucuk Sedap!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram