Nasi Lemak Pondan Dikecam Teruk!

0
152600

Nasi lemak memang sudah menjadi makanan kegemaran hampir kesemua rakyat Malaysia. Kebiasaannya dinikmati pada waktu pagi, ianya makanan yang sinonim dengan kita semua.

BACA: Tanggung Risiko Jual Nasi Lemak 50 Sen

Anda pasti ingat kisah viral Nasi Lemak Anak Dara bukan? Kisah gadis sunti menjual nasi lemak di Shah Alam yang menarik minat warga laman sosial termasuklah artis.

Kali ini timbul pula Nasi Lemak Pondan yang trending di laman sosial Twitter.

Sumber dari Yien Asmady

Status yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter Yien Asmady ini mendapat komen bercampur baur dari segenap warga laman sosial.

Gerai nasi lemak ini dibuka di Cheras dan gambar bersama penjual nasi lemak ini dikongsi olehnya. Pelbagai komentar dilemparkan kepada penjual nasi lemak terbabit.

Celah mana mulia?

Salah seorang warga laman sosial mempertikai isu kemuliaan yang dinyatakan oleh seorang warga laman sosial.

Menurutnya, Nabi melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan juga sebaliknya. Pendapatnya dinafikan dengan baik oleh seorang warga laman sosial.

Kita bukan Tuhan, tak boleh menghukum

Menurut salah seorang warga laman sosial itu, kita tidak boleh terus menghukum manusia seperti Tuhan sekalipun dia seorang gay, lesbian, atau pondan.

Sebaliknya, kita harus doakan yang terbaik buatnya dan membimbing ke arah yang lebih sempurna.

Masih ada masa untuk ke pangkal jalan

Yien Asmady pula memberi komen menyatakan bahawa dia (penjual nasi lemak pondan) masih ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Harus doakan yang baik buatnya.

Apapun, kami berharap semoga perniagaannya berkembang maju. Bukan bermaksud menyokong sifat luarannya, tetapi menyokong bisnes yang dibuat.

Lebih baik menjual nasi lemak dari menjual maruah diri atau rasuah. Betul tak?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Mengantuk Teruk Lepas Makan Ikan Bakar Jalan Bellamy