Negara Cepat Maju Tapi Rakyat Menderita Teruk

0
22306

Sememangnya kita menginginkan sebuah negara yang makmur dan berkembang maju. Bukan sahaja memiliki ekonomi yang mapan, namun kestabilan politik dan kepesatan pembangunan juga harus seiring.

BACA: Basuh Kereta Tak Payah Bayar, Biar Betul?

Antara negara cepat berkembang maju ialah Korea Selatan. Walaupun dilihat sebagai negara contoh dalam mencapai kemajuan pada masa singkat, Korea Selatan ialah antara negara yang paling tidak bahagia di dunia.

Menduduki tangga ke 56 seperti yang direkodkan oleh World Happiness Report, Korea Selatan lebih rendah tahap kebahagiaannya jika dibandingkan dengan Malaysia di tangga 42.

Kadar bunuh diri di Korea Selatan adalah yang tertinggi di kalangan negara maju. Kajian menunjukkan 30 dari 100 ribu orang membunuh diri setiap tahun.

Kekayaan negara diberi sama rata

Sumber dari Leistner/Gestalten

Punca yang ketara ialah kerana ekonomi. Ekonomi sebenarnya mempengaruhi kebahagiaan rakyat. Kebahagiaan menerusi kekayaan negara yang dikongsi dan diagih dengan saksama di kalangan rakyat.

Rakyat menikmati pendidikan dan perubatan percuma. Syaratnya, rakyat bersedia membayar cukai yang tinggi.

Apabila rakyat bebas dari kerisauan tentang keperluan asas, mereka hanya perlu memikirkan soal perkembangan potensi diri yang membawa kepuasan hidup.

Dunia luar yang melihat rakyat Korea Selatan hidup mewah sebenarnya hanyalah hamba kepada dunia korporat.

Tiada pilihan lain

Di Malaysia, kalau tak dapat kerja, kita boleh berniaga lagi. Namun tidak di Korea Selatan. Pilihan yang ada cuma belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki universiti terunggul di Korea Selatan iaitu SKY – Seoul National University, Korea University dan Yonsei University.

Kegagalan memasuki universiti membawa kegagalan dalam hidup, kerana harapan untuk berkerja di syarikat-syarikat Chaebol menjadi tipis. Ramai membunuh diri kerana itu.

Pekerja muda Korea Selatan perlu buat kerja lebih masa, tetapi dibayar gaji yang rendah, tidak mempunyai ‘bargaining power’ kerana persaingan untuk mendapat kerja terlalu sengit.

Akibatnya, mereka tidak mampu memilik rumah, dan ada yang perlu menahan lapar walaupun kerja dengan memakai suit yang kemas.

Ekonomi negara dikuasai kapitalis

Sumber dari businessinsider.com

Ekonomi Korea Selatan dikuasai sepenuhnya oleh keluarga-keluarga kapitalis besar yang dikenali sebagai ‘Chaebol’.

5 Chaebol terbesar seperti Samsung, LG, Hyundai, SK, Lotte sahaja telah mengawal hampir 60% daripada GDP negara.

Chaebol diwujudkan oleh kerajaan semasa 1960an-1970an untuk mempercepatkan proses perindustrian Korea Selatan.

Dengan memusatkan sumber ekonomi di tangan beberapa kumpulan syarikat, sumber dapat digunakan secara lebih cekap dan mencapai ‘economy of scale’.

Negara yang menyeksakan

Masalah sosial menjadi sangat serius. Antaranya ketagihan arak dan anti sosial. Kebanyakan orang muda Korea Selatan ketagihan arak kerana mabuk adalah cara paling mudah bagi melupakan tekanan hidup.

Mereka melihat Korea Selatan sebagai sebuah neraka yang menyeksa. Kalau diberi peluang, mereka akan meninggalkan Korea Selatan.

Semakin tinggi tahap pembangunan, semakin kurang kebahagiaan. Itulah yang terjadi di Korea Selatan.

Inilah harga yang perlu dibayar jika kita hanya mengejar kemajuan tanpa menimbangkan keadilan sosial.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Tomyam Dalam Kelapa Kat Seri Keningau Serius Power