Negeri Perak Pernah Sambut Raya Awal Sehari?

0
10521
Gambar: Astro Awani

Setiap tahun apabila hendak mengesahkan tarikh hari raya Aidilfitri pastinya kita akan tertunggu-tunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

BACA: Viral Beras Palsu, Beras Cap Rambutan Sah Tulen

Ketika itu seisi keluarga akan menantikan pengumuman itu di hadapan TV ataupun di radio.

Namun pernahkan anda ingat pada tahun 1983, rakyat di Negeri Perak dan Johor telah menyambut Aidilfitri sehari lebih awal berbanding negeri-negeri lain.

Ini kerana Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Shah telah mengisytiharkan 1 syawal bermula lebih awal.

Perkara ini terjadi apabila ada beberapa kumpulan nelayan yang menangkap ikan di laut telah ternampak anak bulan dan khabar itu tersebar dengan pantas.

Mengikut khabar perkara tersebut disahkan benar oleh pihak marin yang bertugas pada malam tersebut namun tiada sebarang laporan rasmi berkenaan hal ini.

Khabar tersebut juga telah sampai ke pengetahuan Muftri Perak, dan beliau segera memaklum kepada Tuanku Sultan.

Tuanku Sultan mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan tarikh hari raya dan Sultan Idris Shah ketika telah menyuruh semua jabatan kerajaan untuk menghebahkan berkenaan tarikh Aidilfitri tersebut.

Tarikh itu juga lebih awal dari negeri jiran yang lain seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Keadaan ketika menjadi sedikit heboh kerana ada rakyat yang berasa was-was untuk menyambut Aidilfitri sehari lebih awal.

Bahkan bagi negeri-negeri yang berjiran dengan Perak turut kecoh kerana ada saudara mara mereka telah menyambut Aidilfitri lebih awal.

Namun kini perkara tersebut tidak lagi berlaku kerana setiap keputusan melihat anak bulan akan dibincangkan dan mendapat bukti yang sahih sebelum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat pengumuman.

Bahkan ketika persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Ke-3 yang berlangsung pada 1 Jun 1992, telah menetapkan penetapan tarikh hari raya di Malaysia akan mengikut kaedah Imkanur-Rukyah dan pengiraan hari bulan mengelilingi bumi.

VIDEO: Resepi Popia Horlicks Yang Dapat Ribuan Share! 🔥 🔥 🔥

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here