Nenek Guna Beg Louis Vuitton Untuk Bawa Ikan

0
5742

Baru-baru ini telah viral di laman sosial mengenai seorang nenek di Taiwan yang menggunakan beg berjenama Louis Vuitton untuk membeli ikan di pasar.

BACA: Sinki Selalu Tersumbat? Ini Cara Mudah Guna Bahan Dapur

Sekali imbas, memang tak menjadi pelik jika bawa beg berjenama ke pusat membeli-belah atau pasar. Tapi, nenek tersebut menggunakan beg mahal itu untuk membeli dan meletakkan ikan di dalam beg tersebut.

Beg tangan Louis Vuitton ‘Neverfull’ itu kebiasannya dijual dengan harga £900 atau RM4,982. Nenek terbabit tidak mengetahui bahawa beg berkenaan adalah sebuah beg berjenama antarabangsa yang mahal.

Sekadar gambar hiasan

Menurut perkongsian cucunya, nenek memberitahu bahawa dia menyukai beg tersebut kerana kalis air dan sedikit berat. Cucunya menambah, dia menghadiahkan beg berjenama tersebut kepada neneknya bagi menggantikan beg yang sudah usang dan lama.

Dia yang pada awalnya terkejut dan kelu melihat neneknya mengisi ikan di dalam beg berjenama itu bagaimanapun gembira kerana hadiah pemberiannya itu digunakan sebaik mungkin.

Patutlah beg LV mempunyai reputasi yang baik, ia tahan lama dan sangat tahan lasak!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Terjah FoodTruck: Layan Jugak CKT Kat Sini