Nikmati Lempeng Enak, Hidangan Tradisi Di Warung Pok Wel

0
1236
Ehsan daripada Sinar Harian.

Lempeng suatu ketika dahulu seakan menjadi hidangan wajib masyarakat Melayu terutama pada musim tengkujuh, namun makanan tradisi itu semakin dilupakan generasi hari ini hingga ada yang melabelkan lempeng sebagai makanan orang tua.

BACAJauh Terpencil di Kajang, Wujud Misteri Sebuah Warung Bunian

Malah, keadaan itu juga menyebabkan lempeng jarang dijual di kedai makan biarpun makanan berasaskan tepung gandum itu hanya mengambil masa yang singkat untuk disediakan.

Ehsan daripada Sinar Harian.
Ehsan daripada Sinar Harian.

Menu Istimewa

Bagaimanapun, pemilik Warung Pok Wel, Ismail Endut, 50, menampilkan kelainan apabila menjadikan lempeng sebagai menu istimewa di kedai makannya yang beroperasi di Jalan Besar Kuala Berang, di sini.

Ismail berkata, dia mula menyediakan menu lempeng bermula April 2014 dan kini ia mendapat permintaan secara purata 100 keping setiap hari, menyebabkan dia memerlukan lima kilogram tepung gandum sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Dicicah Kuah Kari Daging dan Ayam

Menurutnya, di Warung Pok Wel, pelanggan bukan sahaja dapat merasai keenakan dan kelembutan lempeng kelapa, tetapi juga lempeng pisang dan jagung yang dicicah dengan kuah kari daging ataupun ayam.

“Kedai saya dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga lewat malam. Menu lempeng bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan untuk sarapan, tetapi juga pada waktu petang dan malam.”

“Pada awalnya, lempeng tidak tersenarai dalam menu, namun setelah seorang demi seorang pelanggan datang bertanyakan lempeng, mendorong saya untuk menjadikannya sebagai salah satu menu di sini,” katanya.

Menurut Ismail, keputusannya untuk menyediakan lempeng di kedai makan itu nyata tepat apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Nikmati Lempeng Enak, Hidangan Tradisi Di Warung Pok Wel-vitdaily03
Ehsan daripada Sinar Harian.

“Bagaimanapun, lempeng kelapa lebih mendapat permintaan berbanding pisang dan jagung. Harga dijual pula antara RM2 hingga RM3 sekeping kerana ada pelanggan lebih gemar cicah gula atau susu daripada kuah kari,” katanya.

Sementara itu, kata Ismail yang berasal dari Kuala Terengganu, selain lempeng, kedai makannya itu turut menyediakan masakan panas pada waktu malam

Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.