Orang Melaka Jual Nasi Kambing Tepi Kubur?

0
3006

Sejak kecil lagi kita sering mendengar cerita seram apabila berada di sekitar kawasan kubur tetapi kali ini seorang peniaga telah membuka kedai makan betul-betul di sebelah kubur.

BACA: 5 Fakta Jika Berhenti Ambil Nasi

Sumber dari bharian.com.my

Bunyinya agak pelik namun itulah lokasi Kedai Sawit Corner yang menghidangkan nasi kambing Arab untuk pemandu yang lalu di jalan Solok Duku, Alor Gajah, Melaka.

Sumber dari mynewshub.cc

Kedai makan ini berada di tepi jalan di bawah rimbunan pokok kelapa sawit yang berdekatan dengan kawasan Tanah Perkuburan Islam Mualim, Solok Duku. Ramai yang tidak tahu lokasi kedai ini sehingga pemilik kedai, Nabila Asyyiqin Marzuki, 25 tahun, dan suami menamakan satu hidangan mereka dengan nama Nasi Kambing Kat Kubur sebagai satu jenama.

Sumber dari rilek1corner.com

Nasi Kambing Kat Kubur ialah nasi Arab yang dihidangkan bersama daging kambing berempah. Selain kambing, anda juga boleh tukar kepada ayam jika mahu untuk set nasi Arab yang disediakan. Malah, ada juga set nasi Arab bajet berharga RM 8.90 beserta air percuma.

Sumber dari twitter.com/koleksibidadari

Selain itu, kedai ini juga menyediakan hidangan lain seperti cucur udang, bakso, mee kari, laksa dan cendol dan juga gulai kawah itik untuk pilihan pelanggan.

Jika anda lapar ketika dalam perjalanan balik kampung, jangan lupa cuba Nasi Kambing Kat Kubur. Dapat juga kenyangkan perut sebelum sambung perjalanan yang masih jauh.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Bebola Nasi Goreng Mazirah Buat Ni?!!