Order Fish & Chips Tapi Dapat Ikan Bilis?

0
16937

Apa yang anda lakukan jika anda memesan hidangan Fish & Chips tetapi diberi hidangan ikan bilis bersama kentang? Itulah situasi yang berlaku di sebuah restoran di Singapura yang dihadapi oleh Jaze Phua ketika dia ingin makan di Level 33, Craft-Brewery Restaurant & Lounge, Marina Bay.

BACA: Starbucks Mermaid Muncul Selepas Unicorn Habis

Jaze memuat naik gambar “fish & chips” tersebut ke laman sosial Facebook dan mendapat perhatian orang ramai sehingga ianya menjadi bualan di Malaysia.

Dia berkata pada mulanya dia hanya memesan fish & chips tetapi hidangan yang datang selepas itu hanyalah ikan bilis bersama kentang dan lemon. Pada mulanya dia menganggap itu adalah hidangan pembuka selera tetapi tekaannya meleset.

Namun, dia diberitahu bahawa ia adalah fish & chips yang dipesan tadi yang berharga SGD$17.50 sepinggan. Jaze hanya mampu tergelak kerana saiz hidangan yang tak masuk akal itu.

Dia kemudian membandingkan harga tersebut seperti membeli kereta sebenar tetapi apa yang dapat hanyalah kereta mainan sahaja.

Sumber dari urbanrajah.com

Jaze juga menyatakan di dalam menu tertulis Fish & Chips malah white bait ada juga ditulis sekali. Dia tidak menyangka white bait dibacanya ialah ikan bilis yang dihidangkan bersama kentang.

Sumber dari twitter.com

Gambar itu tersebar luas di laman sosial malah ada yang mengambil peluang bertanyakan kepada chef terkemuka antarabangsa, Gordon Ramsay berkenaan hidangan itu.

Pihak restoran sepatutnya menukar nama hidangan dengan lebih tepat serta memberi sedikit penerangan mengenai hidangan supaya salah faham seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!