Pakcik Berkopiah Dengki Kafe Hispter Maju?

0
45812

Setiap orang ada kelebihan dan rezeki masing-masing. Kalau kita lihat kelebihan seseorang, kita juga harus belajar darinya dan bukan dengki hingga sanggup buat apa saja demi memastikan seseorang itu gagal sepenuhnya.

BACA: Cara Mudah Jaga Sinki Guna Barang Daiso

Baru-baru ini, pemilik sebuah kafe hipster di Kelantan mendakwa telah disabotaj dengan teruk oleh seseorang.

Kejadian diganggu berulang kali telah menyebabkan pemilik kafe tersebut memuat naik video CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkopiah sedang merosakkan tanaman hiasan di kafenya.

Dikirim oleh BIG BITES CAFE pada 3 Maret 2017

Video yang dimuatnaik di laman Facebook pemilik kafe ini jelas menunjukkan lelaki berkopiah itu merosakkan tanaman hiasan di hadapan kafe menggunakan sebatang kayu yang kebetulan berada di situ.

Banyak kali disabotaj

Pemilik Big Bites Cafe menjelaskan mereka sudah banyak kali disabotaj walau baru sebulan beroperasi di situ.

“Kafe kami walaupun baru sebulan lebih beroperasi, dah macam-macam dugaan.”

“Sejak 2 minggu lepas, ada beberapa benda yang tak baik berlaku di kafe pada pagi-pagi buta bila orang lain tidur lena.”

“Ini kali kedua captured by cctv. Kes kali ini merosakkan dan hancurkan keempat-empat pokok bunga hiasan depan cafe. Bukan murah 4 pokok hiasan besar ni….kedua-dua (video CCTV) dalam siasatan polis.”

Netizen pertikai kayu misteri bergolek

Beberapa komen netizen di laman Facebook Big Bites Cafe turut mempersoal bagaimana kayu yang digunakan lelaki berkopiah itu bergolek secara tiba-tiba.

Jika diamati video itu kembali, lelaki berkopiah itu membaling kayu ke pintu kedai sebelum memberhentikan motosikal.

Pihak kafe turut memuat naik kenyataan balas bagi menjelaskan kejadian tersebut.

Kejadian ini sebenarnya suatu pengajaran buat kita juga. Jika melihat perniagaan seseorang berkembang maju, berusahalah untuk menuntut ilmu dan majukan perniagaan kita juga.

Jangan kerana dengki, kita biarkan perasaan marah menguasai diri kita. Zaman sudah berubah, sifat dan perilaku kita juga harus diubah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Apa Yang Kami Makan Di Kuala Terengganu?