Panas Di Thailand Hingga Boleh Masak Stik

0
16083
Gambar: Coconut Bangkok

Buat masa sekarang Thailand sedang mengalami musim panas yang mana suhunya mencapai 38 darjah celcius sehingga 40 darjah celcius bersama matahari yang terik memancar.

BACA: Resepi Terkenal Pulut Ayam Thailand

Keadaan yang panas itu telah mencetuskan idea kepada seorang blogger makanan di sana, SchwedaKong untuk cuba memasak stik daging dengan hanya menggunakan haba dari suhu yang panas.

Bagi memasak stik tersebut, blogger tersebut telah meletakkan daging dan telur di dalam sebuah kereta yang tertutup dan membiarkannya selama tiga jam setengah bermula jam 1.00 petang sehingga 4.30 petang.

Gambar: Coconut Bangkok

Suhu di luar ketika itu adalah 40 darjah celcius, manakala suhu di dalam kereta pun mencapai sehingga 56 darjah celcius.

Selepas 4.30 petang, hidangan daging bersama telur itu dikeluarkan dan blogger tersebut mendapati daging tersebut masak pada tahap medium-rare.

Gambar: Coconut Bangkok

Akan tetapi Schwedakong tidak memberi jaminan sama ada kuman dan bakteria pada daging dapat dimatikan dengan cara memasak sebegitu.

Dalam masa yang sama dari rupa luaran daging dan telur tersebut kelihaan masak dengan sempurna seperti dimasak menggunakan api dapur atau ketuhar.

VIDEO: Kenapa Makan Di Pak Uda Kitchen & Grill Sangat Berbaloi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram