Pantai Korea Di Kelantan Rosak Dek Sikap Manusia

0
5390
Gambar: Twitter @DawudBahwi

Pernah mendapat gelaran Pulau Nami Malaysia, Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan antara tempat yang pernah viral dan terkenal untuk para Instagramers dan pengantin baharu untuk mengambil gambar kenang-kenangan kerana suasana pokok yang ada di sana mirip kepada suasana Pulau Nami di Korea Selatan.

BACA: Fasih Korea, Lelaki Kelantan Kahwini Gadis Dari Sana

Sememangnya banyak gambar menarik yang telah ditangkap di sini dan ia menjadi antara tempat terkenal bagi wedding outdoor photoshoot kerana suasananya yang romantik.

Namun begitu seorang pengguna Twitter, @DawudBahwi telah kongsikan suasana terkini di Pantai Senok yang dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang orang ramai sesuka hati.

Pelbagai respon telah diberikan oleh ramai berkenaan suasana tersebut dan ada yang mengatakan gambar tersebut diambil sebelum pihak berkuasa tempatan (PBT) mengutip sampah yang ditinggalkan.

Pada pendapat kami, sikap seperti inilah yang dikatakan kelas minda ketiga yang mana kita masih mengharapkan hanya satu pihak untuk menjaga hal-hal seperti kebersihan dan keselamatan.

Gambar: Twitter @DawudBahwi

Sepatutnya setiap orang yang berkunjung ke Pantai Senok ini mempunyai rasa tanggungjawab untuk untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan tidak membiarkan sampah terkumpul begitu sahaja.

Kita sering kagum dengan kemajuan dan keindahan yang ada di Korea Selatan dan Jepun serta cuba adaptasi unsur fesyen dan makanan mereka dalam kehidupan kita namun adakah kita cuba mengambil contoh rasa tanggungjawab mereka terhadap sampah dan kebersihan.

Daripada respon yang diberikan oleh pengguna Twitter ada juga yang memahami tentang rasa tanggungjawab untuk mengutip dan membuang sampah di tempat yang sebetulnya.

Sikap seperti ini yang harus ada pada diri semua rakyat di Malaysia sekiranya kita ingin menjadi sebuah negara yang maju daripada segi teknologi dan juga alam semulajadi.

VIDEO: Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram