Tanpa disangka pasar ikan terbesar dunia, Pasar Ikan Tsukiji yang terletak di Tokyo telah mengalami kebakaran dan berpuluh-puluh anggota bomba Jepun berusaha memadamkan kebakaran pasar ikan yang menjadi tarikan pelancong yang datang Jepun itu.

BACA: Abang Kandung Jenis Apa Ni?

Ekoran daripada itu kira-kira 5.00 petang semalam mengikut waktu tempatan semalam, asap kelabu telah memenuhi ruang udara bandaraya Tokyo dan mengejutkan para peniaga dan orang awam.

Pasar yang telah berusia 80 tahun itu telah menjadi tarikan pelancong kerana terdapatnya pelbagai spesis ikan yang eksotik serta menyajikan menu sushi yang segar untuk pengemarnya.

Gambar: ABC.net

Bahkan pasar ini turut menjadi lokasi yang diketengahkan dalam pelan ekonomi oleh perdana menteri Shinzo Abe.

Bagi memadam api yang marak, sebanyak 44 buah lori bomba telah bertungkus lumus memadam namun oleh kerana terlalu dekat dengan lorong yang sempit dan jarak bangunan yang rapat pihak bomba mengalami kesukaran untuk memadamnya.

Kebakaran ini hanya melibatkan bahagian luar Pasar Tsukiji yang biasanya penuh dengan restoran makanan laut segar dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong.

Manakala bahagian dalam pasar yang terletaknya pemborong ikan dan lelongan tuna tidak terlibat dengan kebakaran ini.

Pada Jun lalu, pihak kerajaan Jepun mengumumkan perancangan untuk memindahkan pasar tersebut kerana lokasinya dan strukturnya yang terdedah pada gempa bumi.

VIDEO: Nyaris Kena Halau Di Tsukiji Market?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram