Pasar Raya Hello Kitty Kini Di Hong Kong

0
125

Pasti ramai yang mengenali watak kucing yang terkenal daripada Jepun ini iaitu Hello Kitty yang telah direka oleh Yuko Shimizu pada tahun 1974 dan sejak itu watak kucing ini telah terkenal ke seluruh dunia sehingga kini.

BACA: 10 Gambar Suasana Pembukaan Kafe Pokemon & Juadah Pilihan Yang Ada

Boleh dikatakan setiap barangan yang mempunyai watak Hello Kitty akan menjadikan barangan atau tempat itu menjadi tumpuan ramai seperti sebuah pasar raya di Hong Kong.

Ini kerana sebuah pasar raya dengan tema Hello Kitty telah dibuka di sana. Ia bukan sahaja penuh dengan hiasan dalaman dengan motif Hello Kitty bahkan di pasar raya itu juga menjual pelbagai barangan lain yang bercirikan Hello Kitty.

Pasar raya Hello Kitty akan dibuka di dalam rangkaian Yata Store di Sai Wan, Hong Kong dan ia menawarkan 250 makanan yang bertemakan Hello Kitty seperti pasta, salad, buah-buahah serta barangan runcit.

Boleh dikatakan segala-gala barangan di pasar raya itu mempunyai pengaruh watak kucing yang comel ini bermula daripada troli sehinggalah beg membeli belah.

Pasar raya ini akan dibuka pada Ahad ini (12 Februari) untuk orang ramai jadi pada yang merancang untuk ke Hong Kong bolehlah masukkan pasar raya ini untuk dilawati kerana ia hanya dibuka sehingga Mei tahun ini.

VIDEO: KERABU SEAFOOD DURJANA PEDAS 😱 😱 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram