Pasaraya AEON Diarah Tutup Kerana Tikus?

0
1921

Berikutan tersebarnya video yang menunjukkan seekor tikus berada di atas rak produk minuman berkotak di Pasar Raya AEON, One Utama, Petaling Jaya pada minggu lalu.

BACA: Banyak Sangat Tikus, Line Clear Di Arah Tutup

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan kejadian tersebut dan tindakan untuk menutup sementara bahagian tersebut juga telah diambil.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Mstar, bahagian barang runcit pasar raya tersebut ditutup di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac lalu untuk tempoh 14 hari.

Sehubungan dengan itu juga, pihak AEON telah mengambil tindakan untuk membersihkan kawasan tersebut dan mengetatkan operasi pembersihan bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang lagi.

KKM juga sentiasa menjalankan rutin pemeriksaan kepada premis-premis makanan di Malaysia bagi memastikan pihak peniaga mengutamakan kebersihan di premis mereka.

Noor Hisham turut memberitahu sejak tahun 2012 hingga 2016, KKM telah melakukan 635,439 pemeriksaan di premis-premis makanan seluruh negara.

“Hasil pemeriksaan sebanyak 15,731 premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 termasuk kerana kehadiran tikus,” maklumnya lagi.

VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram