Pau & Pizza Digabung Kini Viral Di China

0
252

Pau dan pizza adalah dua makanan yang berasal dari tempat yang berbeza iaitu pau adalah makanan atau kuih yang berasal daripada makanan tradisional masyarakat Cina manakala pizza pula memang dikenali berasal dari Itali.

BACA: Resepi Mudah Sotong Sumbat Telur Masin

Akan tetapi gabungan dua makanan ini telah mencetuskan satu fenomena baharu di China dan mendapat perhatian daripada masyarakat tempatan di sana kerana memenuhi selera orang ramai.

Pau pizza ataupun nama terbarunya baozza adalah roti kukus yang mempunyai inti didalamnya tercetusnya idea oleh konsultan dari Amerika Syarikat, Alex Cree ketika lawatan perniagannya ke Selatan China.

Ketika itu beliau ingin mengabungkan pau dan hidangan seperti burger namun seseorang telah menyarankan supaya beliau menjadikan pizza sebagai ganti.

Oleh itu Alex mengambil langkah berhenti kerja dan berpindah ke Beijing pada tahun 2016 bagi membuka perniagaan makanannya itu.

Buat masa ini orang ramai memberikan sambutan yang memberangsangkan terhadap empat perisa Baozza iaitu Magherita, Meat lover, BBQ Chicken dan Hawaiian Jalapeno.

Harga yang ditetapkan tidaklah terlalu mahal iaitu 20 yuan yang bersamaan RM12.80 untuk dua biji Baozza ini dan pasti menjadi trend sekiranya diperkenalkan di Malaysia kelak.

VIDEO: Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?