Pecah Rekod Di Twitter, Wendy’s Tunai Janji

0
7134

Sudah menjadi trend anak muda zaman sekarang untuk mengumpul retweet yang banyak apabila mereka ingin meminta sesuatu di laman sosial Twitter.

Namun, ianya tidak mustahil untuk dilakukan kerana mereka berkemungkinan akan dapat apa yang dihajati jika dapat mengumpul retweet dalam kadar yang banyak.

BACA: Muka Cuak Tak Terkata Terjatuhkan Kek Pengantin

Sumber dari thenextweb.com

Carter Wilkerson, meminta nugget ayam percuma kepada restoran makanan segera, Wendy’s dengan bertanya berapa banyak retweet yang diperlukan untuk dia memenangi bekalan nugget ayam selama setahun.

Sumber dari twitter.com

Wendy’s membalas tweet Carter dengan menyebut 18 juta retweet diperlukan untuk memenangi bekalan nugget ayam percuma itu. Jumlah yang ditawarkan oleh Wendy’s kedengaran agak mustahil namun Carter berjaya mengumpul sebanyak 3.4 juta retweet untuk menyahut cabaran Wendy’s.

Sumber dari bbc.com

Selain itu, tweet Carter itu mendapat perhatian selebriti antarabangsa, syarikat global dan orang ramai kerana mereka ingin membantu Carter mencapai jumlah retweet yang diperlukan.

Sumber dari emptylighthouse.com

Malah, tweet Carter juga mengalahkan tweet gambar selfie Ellen semasa Anugerah Oscars pada tahun 2014. Ellen berjaya mengumpul retweet sebanyak 3.2 juta untuk gambar tersebut seterusnya menjadi tweet paling banyak di-retweet tetapi rekod itu kini dipegang oleh Carter.

Kesimpulannya, Wendy’s bersetuju untuk memberi Carter bekalan nugget ayam selama setahun setelah melihat kegigihannya mengumpul retweet dan sokongan orang ramai terhadap Carter. Tahniah Carter Wilkerson!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?