Pekerja Restoran Berjaya Halau Perompak Dengan Penyapu

0
120

Apakah yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pencuri memasuki kedai atau restoran anda dan mengacukan senjata ke arah anda? Kalau kami sudah pasti akan melarikan diri atau menyerahkan apa yang pencuri itu mahukan.

BACA: Kerana Nak Untung Lebih, Jual Daging Lembu Campur Babi

Berlainan dengan sifat berani yang ditunjukkan oleh seorang pekerja restoran berusia 60 tahun itu kerana berjaya menghalau pencuri itu dengan hanya menggunakan penyapu.

Kejadian yang berlaku pada malam Selasa yang lalu, Peter Vuong sedang menunggu untuk menghabiskan waktu tugasannya di restoran masakan Cina di Queensland, Australia.

Secara tiba-tiba seorang lelaki bertopeng masuk ke dalam restoran dan mengacukan pistol ke arah pemilik restoran dan mengarahkan untuk memberikannya duit yang ada.

Vuong menyangkakan pistol yang diacukan itu adalah palsu dan dia telah ke dapur untuk mengambil penyapu dan meluru ke arah pencuri itu sambil “pencuri, pencuri”.

Atas sebab berasa terkejut dengan tindakan berani Vuong itu, pencuri berkenaan segera melarikan dengan basikal tanpa dapat mengambil sebarang wang tunai yang ada.

VIDEO: Random Rabu: Serunding Cheese Roll

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram