Pemilik Nafi Ada Katak Dalam Coconut Shake

0
15615
Minuman yang didakwa mempunyai katak di dalamnya. Gambar: Sinar Harian

Sejak semalam heboh apabila gambar penemuan katak dalam minuman Coconut Shake Oreo di sebuah kedai makan di Kota Bharu Kelantan telah viral laman sosial media seperti Facebook dan Whatsapp.

BACA: 15 Makanan Viral Sepanjang Tahun 2016

Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut dia mendakwa menjumpai katak dalam minuman yang dipesannya di sebuah kedai makan yang terletak di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan.

Bagi pemilik kedai makan tersebut, Mohd Khairi Mohamad Sidi, 48, dia berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku pada jam 4 petang semalam selepas seorang pelanggan lelaki memaklumkan padanya penemuan katak tersebut.

Katak yang didakwa dijumpai dalam minuman tersebut. Gambar: Sinar Harian

Ketika ditunjukkan katak tersebut berada di atas meja dan dibasahi air coconut shake, beliau yang merasakan bertanggungjawab telah meminta maaf daripada pelanggan berkenaan.

“Saya pun tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan di kedai kami.

“Segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan ais krim sentiasa tertutup rapat dan jika benarlah katak itu masuk ketika kami membuat air, pastinya katak itu hancur kerana terkisar bersama-sama air kelapa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Screen capture gambar di Facebook yang telah viral mengenai kejadian ini.

Beliau yang turut menganggap kejadian ini ujian daripada Allah SWT dan cabaran terbesar sepanjang empat tahun perniagaannya namun beliau tidak merasa marah dengan tindakan memviralkan kejadian itu dan mengharapkan pelanggan tersebut memaafkannya dan memadamkan gambar berkenaan.

Beliau juga mengharapkan para pelanggan akan tetap berkunjung ke kedainya dan menjamin kebersihan adalah keutamaan dalam perniagaannya.

Antara pelanggan yang tidak mempercayai cerita yang telah viral ini

Gambar coconut shake yang didakwa mempunyai katak di dalamnya telah dimuatnaik oleh seorang lelaki dan menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-rata tidak mempercayai dakwaan tersebut.

Kami kongsikan video pengalaman minum di kedai coconut shake tersebut baru baru ini. Apa yang pasti, ia terjamin bersih dan sangat sempoi jika mahu lepak petang petang