Peminat Tegar Musang King Tak Kisah Harga Mahal

0
3060

Musim durian kembali lagi tetapi kali ini harganya agak berbeza lebih-lebih lagi harga durian Musang King atau lebih dikenal sebagai “Raja Durian”.

BACA: 5 Jenis Makanan Anda Boleh Buat Dengan Durian

Sekarang harga durian Musang King mencecah RM60 sekilogram tetapi tidak mustahil ia akan menjadi lebih mahal berikutan permintaan tinggi dan cuaca yang tidak menentu.

Sumber dari yearofthedurian.com

Pemilik dusun durian di Bentong, Lee Ah Ying berkata, faktor cuaca memberi kesan terhadap penghasilan durian seterusnya menjadikan bilangan durian Musang King menurun.

“Kami hanya ada kira-kira 200 kilogram durian di sini dan ianya habis dalam masa sehari. Penggemar Musang King tidak kisah membayar lebih RM80 setiap kilo,” Katanya kepada Mstar.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenis durian lain anda boleh cuba selain Musang King yang tentunya rasa manis dan lembut, jika anda rasa harga Musang King ini mahal bak kata pepatah, berbelanjalah dengan bijak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan 6 Jenis Durian Dalam Masa 2 Jam?