Penduduk Cari Rezeki Dari Sampah

0
3544
Sekadar gambar hiasan

Tertarik dengan upah dan ganjaran yang diperolehi membuatkan kira-kira 30 orang penduduk Kampung Pusu, Kelantan, memilih untuk menyelongkar timbunan sampah di kawasan pelupusan untuk mencari bahan kitar semula yang boleh dijual semula.

BACA: 7 Makanan Ini Baik Untuk Jantung Anda

Penduduk kampung tersebut akan mula mencari rezeki pada jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari dengan menyelongkar timbunan sampah.

Berpengalaman selama 20 tahun, Rokiah Nor, 53, berkongsi pengalamannya sebagai pemungut sampah sejak mula berpindah ke pusat pengumpulan sampah itu.

Gambar: Sinar Harian

“Dah lama saya tak dapat hidu bau busuk sebab hidung saya dah biasa bau ini. Jadi saya tak kisah baju atau rumah bau busuk, di sinilah rumah saya dan di sinilah tempat saya keluar mencari rezeki,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian.

Rokiah berkata para pemungut sampah akan berebut mencari botol kaca kerana harganya yang tinggi iaitu RM6 untuk 100 botol yang terkumpul.

Manakala barangan seperti tin susu hanyalah berharga RM0.10 sen sahaja setiap satu.

Manakala bagi seorang lagi pemungut sampah, Zaharah Sulaiman, 67, berkata dia mula bekerja di kawasan tersebut sejak 30 tahun lalu.

Pernah menerima larangan daripada anak-anak namun Zaharah tetapi meneruskan pekerjaannya kerana baginya kudratnya masih kuat untuk bekerja.

Gambar: Sinar Harian

Setiap hari dia mampu mendapat RM10 dan kebiasaannya dia akan mengumpul sampah selama tiga hari sebelum dijual.

Dalam masa yang sama Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) memberi peringatan supaya aktiviti penyelongkaran sampah yang dilakukan tidak mengotorkan kawasan tong sampah yang disediakan.

Ketua Jajahan Pasir Mas, Mohamed Nor Husin memberitahu ada segelintir penduduk menyelongkar sampah sehingga kawasan tersebut bersepah dan menyukarkan kerja-kerja pembersihan oleh MDPM.

Selain itu beliau menasihati penduduk supaya mengikat sampah dengan betul agar tidak berlaku kebocoran.

VIDEO: Makan Beriyani Kambing Kat Sini Sampai Jilat Jari!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram