Penerbangan Komersial Paling Lama Di Dunia Direkodkan

0
1252
Penerbangan Qatar Airways di atas bandar Auckland. Gambar: Reuters

Pesawat Qatar Airways yang selamat mendawat di Auckland, New Zeland semalam telah dinobatkan sebagai penerbangan komersial paling lama di dunia dengan memulakan perjalanan daripada Doha.

BACA: Kaya Gila, Beli Tiket Pesawat Demi Bawa 80 Helang

Pesawat yang menggunakan kod QR920 itu telah mendarat lima minit daripada yang dijadualkan iaitu pada 7.25 pagi waktu Australia (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).

Selain itu pesawat model Boeing 777-200LR itu telah terbang selama 16 jam 23 minit di udara dengan jarak perjalanan sejauh 14,535 kilometer dan merentasi 10 zon waktu sepanjang perjalanan itu.

Menurut Qatar Airways, masa yang diambil untuk penerbangan itu lebih lama daripada kesemua masa tayangan trilogi filem Lord Of The Rings dan The Hobbit yang penggambarannya dilakukan di New Zealand.

Bagi menjayakan penerbangan tersebut seramai empat orang juruterbang telah mengendalikan pesawat tersebut secara bergilir-gilir dan dibantu dengan 15 orang kru kabin serta menghidangkan 1,100 cawan teh dan kopi, 2,000 gelas air sejuk dan 1,036 hidangan kepada penumpang penerbangan itu.

VIDEO: Naik Firefly Free Karipap?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram