Pengantin Muda Di Terengganu Bakal Terima Tanah

0
26201
Sekadar gambar hiasan

Berita ini pasti membuatkan pasangan muda yang baru berkahwin di Terengganu tersenyum lebar kerana berpeluang untuk memiliki tanah lot serta bantuan membina rumah.

BACA: Komtar Bakal Ada Mural Tertinggi Di Dunia

Perancangan tersebut telah dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Nawi Mohd yang turut memaklumkan sebanyak 500 lot tanah telah disediakan untuk tujuan berkenaan.

Tambahnya lagi pemberian tersebut akan dilaksanakan dalam terdekat namun pasangan pengantin perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Antara syarat yang telah ditetapkan itu adalah kedua-duanya berumur atas 21 tahun, anak jati negeri Terengganu serta masih belum mempunyai rumah dan tanah sendiri.

Sekadar gambar hiasan

“Lebih menggembirakan apabila tanah lot tersebut mungkin dijadikan tanah pertanian untuk membantu mereka menjana pendapatan.

“Peluang ini dibuka kepada mereka asalkan mereka bersedia untuk tinggal di tanah yang dianugerah dan menjalankan aktiviti pertanian,” katanya kepada Bernama.

Bagi mereka yang berminat dengan pemberian ini boleh dapatkan borang daripada Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut atau berjumpa terus dengan Nawi Mohd dalam waktu terdekat ini.

VIDEO: Apa Yang Kami Makan Di Kuala Terengganu?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram