Pengasas Starbucks: Jangan Beli Unicorn Frappucino

0
44186

Sebut sahaja sahaja Starbucks pasti anda akan terbayangkan menu biasa mereka iaitu pelbagai variasi kopi sama ada panas ataupun sejuk dan mungkin juga anda terbayangkan green tea latte dan green tea frapphucino.

BACA: Minum Kopi Dicampur Halia Baik Untuk Kesihatan Badan

Baru-baru ini Starbucks di Amerika Syarikat telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Unicorn Frappucino, satu menu minuman frappe yang berwarna warni dan hanya mempunyai rasa yang manis dan berais.

Satu luahan hati bernada sinikal telah dikeluarkan oleh Mashable mengenai pengasas Starbucks, Rutherford Q. Starbucks merayu kepada orang ramai supaya tidak membeli minuman terbaru ini (boleh baca di sini).

Ini kerana baginya unicorn frappucino berlawanan dengan visi dan misi Starbucks iaitu menyediakan minuman kopi kepada para pelanggannya.

Dikatakan juga kandungan gula di dalam minuman ini mempunyai kadar yang berlebihan bagi jumlah yang diperlukan oleh seseorang dalam seharian.

Rutherford turut memberitahu kos pembuatan minuman ini terlalu rendah namun ia dijual dengan harga yang tinggi.

Andainya menu ini diperkenalkan di Starbucks Malaysia anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membelinya kerana kandungan gula yang tinggi dan sekaligus ia tidak sihat untuk anda.

VIDEO: Makan Beriyani Kambing Kat Sini Sampai Jilat Jari!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram