Perang Harga Petrol Bermula Hari Ini

0
116

Bermula 12.01 tengah malam nanti satu sejarah akan tercipta apabila kaedah penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan dikuatkuasakan di seluruh negara.

BACA: Untung Orang Kelantan Abam Peah Belanja Petrol

Kaedah tersebut akan mengantikan kaedah penetapan harga bahan api secara bulanan yang digunakan sebelum ini.

Kaedah terbaru ini telah menjadi desas desus sejak bulan lalu dan pada awal Mac ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah menyatakan bahawa kaedah tersebut akan dilaksanakan.

Sekadar gambar hiasan

Menurutnya lagi seperti yang dilapor Sinar Harian, kaedah tersebut yang dilaksanakan akan membawa kebaikan kepada semua pihak.

Oleh itu pada setiap hari Rabu, harga petrol dan diesel akan diumumkan dan mula berkuatkuasa 12.01 tengah malam pada hari berikutnya.

Antara faktor yang akan digunakan oleh kerajaan bagi menentukan harga bahan api adalah Mekanisme Penetapan Harga Minyak (APM), kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) serta kesan pembatalan subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan.

Sekadar gambar hiasan

Dalam masa yang sama turut timbul kerisauan daripada beberapa pihak berkenaan kaedah terbaru ini antaranya stesen minyak yang bermodal kecil pastinya tidak mampu bersaing dengan stesen minyak yang bermodal besar.

Hal ini disebabkan selepas ini setiap stesen minyak akan bersaing sesama sendiri menawarkan harga bahan api yang istimewa bagi menarik para pelanggan ke stesen minyak mereka.

Sudah pastinya para pelanggan akan memilih stesen minyak yang menawarkan harga yang terbaik dan tawaran-tawaran yang lain.

VIDEO: Rambang Mata Weh Pilih Lebih 80 Lauk Kat Sini 😱 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram