Perayaan Lelaki Jepun Separuh Bogel Rebut Kayu Suci

0
575

Hampir 10,000 orang lelaki di Jepun telah berpakaian separuh bogel akan berasak-asak untuk merebutkan sebatang kayu suci dalam suasana yang gelap.

BACA: Jepun Sambut Hari Ninja Kebangsaan

Festival yang dikenali sebagai Hadaka Matsuri yang bermaksud festival lelaki bogel itu disambut setiap tahun dan baru-baru ia berlaku pada malam Sabtu yang lalu.

Kumpulan lelaki itu berkumpul di kuil Saidaiji Kannon yang terletak di bandar Okayama tidak memakai sebarang pakaian kecuali sehelai kain putih yang dijadikan cawat.

Festival ini telah disambut hampir sejak 500 tahun yang lalu dan disambut di beberapa tempat yang lain di Jepun.

Upacara merebut kayu suci itu akan dimulakan tepat pukul 10.00 malam dan sami akan membaling kayu yang berukuran 20 sentimeter.

Setelah itu kumpulan lelaki separuh bogel itu akan berebut sesama mereka untuk mendapatkan kayu suci itu kerana dipercayai akan membawa nasib baik sepanjang tahun itu.

Selepas berebut kayu suci itu individu bertuah yang dapat menangkap kayu itu perlu meletakkannya di dalam kotak kayu yang yang dinamakan ‘masu’. Mereka yang berjaya menangkap kayu suci itu dinamakan ‘fuku otoko’.

Akan tetapi tradisi yang berusia 500 itu pada mulanya hanya berebutkan sehelai kertas azimat yang dicampakkan oleh sami namun ia ditukarkan kepada kayu kerana kertas azimat kerap kali hancur setelah direbut oleh orang ramai.

VIDEO: Jaga-Jaga Jika Kawan Belanja Makan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram