Perniagaan Uptown Semakin Malap?

0
30445
Gambar: Harian Metro

Satu ketika dahulu ramai orang lebih gemar membeli belah di bazar-bazar larut malam atau lebih dikenali sebagai Uptown ataupun Downtown sehinggakan ia menjadi trend diikuti bandar-bandar lain di luar Kuala Lumpur.

BACA: 24 April Diisytihar Cuti Umum

Akan tetapi menurut tinjauan yang dilakukan Harian Metro baru-baru ini mendapati keadaan Uptown sekarang hampir sunyi dan tidak lagi dipenuhi para pelanggan seperti sebelumnya.

Hal ini terjadi kerana para pelanggan mempunyai pilihan lain membeli barangan seperti pakaian dan produk kesihatan yang lebih berkualiti daripada tempat lain dengan harga yang lebih berpatutan.

Menurut seorang pekerja swasta, Al Bukhari Yusnan, 30, kebanyakkan Uptown hanya menjual barangan yang sama seperti pakaian, kasut, aksesori telefon bimbit dan beg.

Gambar: Harian Metro

Tambahnya lagi jika sebelum ini keadaan di Uptown terasa kemeriahan dengan adanya kumpulan busker dan program lain namun keadaan sekarang telah berubah.

“Sekarang ini, bazar larut malam tidak lagi sesuai dijadikan sebagai lokasi bersantai dan tiada lagi keseronokan buat pengunjung untuk menghabiskan cuti hujung minggu,” katanya.

Bagi pengunjung yang lain, Abdul Rahman Chick, 52, mengatakan barangan yang dijual di Uptown mempunyai harga yang mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti barangan tersebut.

Tidak mempunyai kemudahan asas yang baik seperti tandas dan tempat letak kereta juga menjadi antara faktor mengapa orang ramai tidak lagi menjadikan Uptown sebagai destinasi untuk membeli belah bersama keluarga.

VIDEO: Makan-Makan: Berjimat Dengan RM10 Di Pasar Malam

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram