Pesawat MAS Tergelincir, Siasatan Segera Dilakukan

0
423
Gambar: Astro Awani

Cuaca hujan lebat pada malam tadi telah menyebabkan sebuah pesawat penerbangan Malaysia Airlines telah tergelincir ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada jam 10.17 malam tadi.

BACA: Apa Sebabnya Orang Tergilakan Donut Spaghetti Ini

Berikutan kejadian tersebut, Malaysia Airlines telah mengesahkan berkenaan kejadian yang tidak diingini melibatkan MH2718 dari Kuala Lumpur tersebut melalui Facebook rasmi Malaysia Airlines.

Ketika kejadian berlaku, pesawat Boieng 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam anak kapal yang masing-masing dalam keadaan yang selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Walau bagaimanapun satu siasatan terperinci akan dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti punca pesawat tersebut tergelincir.

Malaysia Airlines sentiasa meletakkan keselamatan para penumpang sebagai keutamaan syarikat penerbangan tersebut.

VIDEO: Mudahnya Buat Kek Batik | Random Rabu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram