Nampaknya ‘pinggan viral’ masih mendapat perhatian dari seluruh pelusuk negara. Ada yang mengambil peluang ini untuk menjadi personal shopper untuk membeli pinggan itu kepada mereka yang duduk luar dari Kuala Lumpur.

Walaupun corak pinggan mangkuk tersebut menarik, namun corak di pinggan tersebut dikatakan bertoksik dan berbahaya untuk kesihatan.

BACA: Pinggan Viral Masih Megganas, Orang Sanggup Beratur Walau Panas

Sumber dari hijabista.com.my

“Kebanyakan pinggan, mangkuk, gelas dan sebagainya yang mempunyai corak dan warna seperti ‘pinggan viral’ mengandungi kandungan logam berat plumbum (lead),” ujar Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi.

Tambahnya lagi, corak pinggan itu disifatkan bertoksik dan dianggap tidak sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan.

Sumber dari twitter.com/eeyasairi

“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung,” katanya dengan lebih terperinci.

“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” lapornya kepada mStar.

Sumber dari instagram.com/vnkery

Selain itu, dia turut mencadangkan kepada orang ramai agar tidak menggunakan pinggan mangkuk bercorak seperti itu dengan kerap kerana kemasan tersebut mudah luntur seterusnya ia mudah masuk ke dalam makanan.

Di samping itu, Dr Nor Asrina turut menasihati pengguna agar tidak menghidangkan makanan berasid dengan pinggan mangkuk tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat pinggan mangkuk yang bersifat free lead atau lead safe ditulis di kotak daripada syarikat-syarikat lain yang selamat digunakan.

“Kita cuma boleh bagi kesedaran kepada masyarakat, kalau suka sangat mungkin boleh guna sekali-sekala atau letak makanan sekejap-sekejap sahaja, tapi bukan guna untuk hidang makanan harian,” ujarnya sambil mengakhiri perbualan.

Tidak salah untuk gunakan pinggan yang mempunyai corak asalkan anda tahu untuk menjaganya agak corak tersebut tidak luntur dan membahayakan kesihatan anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!