Pinjam Duit & Tipu Rakan Demi Nak Kahwin

0
541
Sekadar gambar hiasan

Menggunakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dan mengadakan majlis perkahwinan, seorang kakitangan awam telah memperdaya tujuh mangsa dengan meminjam duit daripada mereka.

BACA: Apa Sebab Keju Ini Mahal Sangat!

Lebih teruk lagi suspek lelaki yang berumur 29 tahun itu turut mengugut untuk kahwin lari sekiranya rakannya tidak membantu mencukupkan belanja majlis perkahwinannya.

“Pada 25 Januari lalu, dia menghubungi saya pada jam 2.20 pagi memberitahu sangat terdesak dan memohon meminjam RM8,000 untuk mencukupkan hantaran perkahwinannya yang berjumlah RM12,000. Atas dasar kasihan, saya bersetuju meminjamkan wang sebanyak RM4,000,” ujar mangsa lelaki tersebut yang mahu dikenali sebagai Aizat.

Aizat turut memberitahu Harian Metro, lelaki yang juga merupakan rakannya itu telah menghilangkan diri setelah berjanji untuk memulangkan duit tersebut seminggu selepas majlis perkahwinannya.

Sekadar gambar hiasan. Gambar: The Malay Mail

Lalu Aizat menggunakan medium Facebook untuk menjejaki rakannya itu supaya membayar kembali duitnya tersebut.

Setelah itu lebih mengejutkan terdapat enam individu berlainan turut menghubungi Aizat berkenaan lelaki tersebut dan mendakwa mengalami nasib yang sama sepertinya.

Mengikut pengiraan jumlah duit yang ditipu lelaki tersebut dianggarkan melebihi RM10,000.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan turut mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berkenaan kes tersebut.

VIDEO: Makan Sotong Mentah, King Crab? | Korea Pt. 1

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram