Pizza Ekspress Dengan Enam Bahan Sahaja

0
1381

Apabila disebut membuat pizza di rumah pasti di minda akan terbayang kepayahan untuk menguli tepung untuk dijadikan base pizza tersebut dan beberapa langkah-langkah yang rumit.

BACA: Aksi Kanak Kanak Ini Gagal Makan Pizza Sungguh Comel

Oleh kerana itu seorang pengguna Facebook, Rafiza Idayu telah berkongsi caranya membuat pizza dengan mudah yang sesuai dijamu untuk seisi keluarga.

Resepi pizza mudah ini hanya menggunakan enam bahan sahaja dan langkah-langkah yang sungguh mudah jadi tidak hairan resepi pizza ekspress ini telah dikongsi sebanyak 121,865 setakat ini.

Resepi pizza ekspress ini adalah:

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-002

1. Roti Paratha Segera jenama Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera jenama Kimball
3. Sosej jenama Ramly dihiris nipis (sebagai topping)
4. Nenas dipoting dadu (sebagai topping)
5. Bawang holland dipotong dadu (sebagai topping)
6. Keju Mozarella (sebagai topping)

dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut.

1. Sapukan sedikit minyak di atas dulang pembakar

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-004

2. Keluarkan paratha yang masih beku dan susun di atas dulang pembakar

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-006

3. Boleh ajak si cilik anda untuk menyapu sos spaghetti di atas paratha tersebut

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-008

4. Kemudian letakkan mozarella cheese, ia berfungsi untuk topping dengan base pizza

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-009

5. Boleh susun sosej yang telah dihiris nipis, sekiranya gunakan isi ayam atau daging boleh dimasak separuh masak dahulu

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-010

6. Kemudian tambahkan potongan nenas dan bawang holland, boleh juga gunakan capsicum atau cendawan

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-011

7. Taburkan mozarella cheese yang selebihnya ataupun cheddar cheese untuk rasa yang lebih sedap

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-012

8. Bakar pizza tersebut dengan api oven atas dan bawah selama lebih kurang 20 minit dengan suhu setinggi 170 darjah celcius

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-015

9. Tadaa… Dah siap pizza ekspress!

pizza-ekspress-dengan-enam-bahan-sahaja-vitdaily-001

Sumber dan gambar: Facebook Rafiza Idayu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram