Pokok Pun Makan Nasi Macam Manusia

0
600

Pasti anda ingat pelajaran sains ketika sekolah rendah berkenaan proses fotosintesis yang menceritakan bagaimana pokok dan tumbuh-tumbuhan mendapat makanan daripada cahaya matahari, karbon dioksida, air dan nutrien yang diperolehi daripada tanah.

BACA: Ini Sebab Gunung Everest Akan Ada WiFi

Namun berlainan dengan satu tradisi penduduk tempatan di Wilayah Enshi Tujia dan Miao yang terletak di wilayah Hubei kerana mempunyai tradisi memberi pokok tanaman mereka memakan nasi.

Tradisi ini telah diamalkan sejak berabad lamanya dan dijalankan ketika musim panas mengikut kalender lunar dan ada masyarakat di sana mempunyai pokok akan berbuah lebat jika diberikan makan nasi.

Bagi memberikan pokok makan usahlah anda bayangkan pokok mempunyai mulut seperti manusia. Proses memberi makan nasi ini akan dilakukan dengan menakik sedikit di bahagian batang pokok dan nasi putih akan diletakkan pada kawasan tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat tradisi ini adalah mengarut dan tak masuk akal namun anda perlu memahami setiap masyarakat di dunia ini mempunyai kepercayaan dan fahaman masing-masing.

Walau bagaimanapun, tradisi memberi makan nasi kepada pokok ini adalah satu tradisi yang unik dan lain daripada yang lain.

VIDEO: Mudahnya Buat Kek Batik | Random Rabu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram