Pondok Telefon Merah Di London Akan Lenyap

0
1056
Gambar: WallDevil

Mungkin khabar ini menjadi berita sedih buat kota Londan yang ikonik dengan pondok telefon berwarna merah kerana bermula tahun hadapan BT, syarikat telekomunikasi terkenal di sana akan mula mengantikan pondok telefon merah tersebut dengan terminal WiFi.

BACA: Mat Salleh Buka Warung Tempe Sendiri Di London

Terminal Wifi ini akan membenarkan orang awam untuk mengecaj telefon bimbit mereka dan mengakses Internet berkelajuan tinggi secara percuma. Di sebalik pelaksanaan projek ‘LinkNYC WiFi kiosks’ ini adalah kerjasama antara BT dan Primesight, sebuah syarikat pengiklanan di United Kingdom.

Belajar dari pengalaman dengan terminal di New York, BT telah memilih untuk tidak membolehkan pengguna untuk melayari internet di kiosk itu sendiri. Keputusan itu dibuat selepas terdapat aduan bahawa orang telah memonopoli terminal tersebut untuk jangka masa yang lama, sama ada mendengar muzik atau melihat pornografi dan oleh kerana itu ciri pelayaran laman web tidak disediakan.

Gambar: Bloomberg
Gambar: Bloomberg

“Aduan daripada pengguna jangka panjang telah menurun sebanyak 96 peratus di bandar New York semenjak fungsi pelayar itu dikeluarkan,” ujar Yusuf King, pejabat akhbar BT memberitahu Popular Science.

Tambahan kepada fungsi WiFi dan pengecaj, terminal tersebut akan dibekalkan dengan fungsi peta setempat, penunjuk arah dan juga panggilan telefon percuma. Kos peralatan tersebut akan ditanggung dengan pendapatan daripada pengiklanan digital.

Dijangka 100 terminal tersebut akan dipasang bermula tahun hadapan dan bakinya sebanyak 750 unit lagi akan dipasang pada tahun berikutnya.

Bagi yang melawat kota London, anda bolehlah bergambar sebanyaknya dengan pondok telefon merah ikonik tersebut sebelum ianya menjadi kenangan.