Pramugara AirAsia Sedia Teh Tarik Special Atas Penerbangan

0
3029

Pramugara, pramugari dan juruterbang Air Asia sememangnya terkenal dengan sikap mesra pelanggan dan juga bakat mereka dalam nyanyian, berpantun mahupun menari yang mana video-video aksi mereka selalu menjadi viral di laman media sosial.

BACA: AirAsia Dianugerah Strategi Pembayaran Terbaik

Baru-baru ini satu video seorang pramugara Air Asia sedang menarik teh bagi menyediakan teh tarik untuk para penumpang pesawat yang sedang berada pada ketinggian 30,000 kaki di udara.

Bagi sesetengah orang akan menganggap teh tarik adalah satu perkara biasa namun apabila berada di dalam pesawat yang sedang terbang ia adalah satu perkara yang menjadi eksklusif.

Bukan mudah pramugara tersebut untuk menarik teh ketika berada di dalam pesawat yang sedang bergerak, apa yang lebih menakjubkan adalah tiada sebarang tumpahan air teh yang berlaku.

Aksi pramugara ini juga menerima pelbagai respon yang baik daripada para pelanggan Air Asia di laman media sosial yang rata-rata kagum dengan aksi pramugara tersebut.

Nampaknya Air Asia sekali lagi berjaya menawan hati para pelanggan dengan layanan dan aksi mereka yang sempoi dan tidak hairanlah syarikat penerbangan tambang murah ini sentiasa mendapat pengiktirafan tempatan mahupun luar negara.

VIDEO: Cara Mudah Buat Teh Matcha dan Matcha Latte

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram