Promosi Nasi Ambeng Di KLIA & KLIA2

0
2371
Gambar: Harian Metro

Apabila sebut sahaja Nasi Ambeng pastinya anda akan terbayangkan setalam nasi yang mempunyai sebarang masakan ayam dan beberapa lauk pauk yang lain seperti sambal goreng dan juga serunding dan sering disajikan untuk majlis-majlis istimewa oleh masyarakat Jawa.

BACA: Marrybrown Perkenal Menu Nasi Kandar?

Keunikan nasi ambeng ini terletak pada cara memakannya kerana ia akan dikongsikan bersama-sama bagi mengeratkan silaturahim dan kerana itulah satu Festival Nasi Ambeng telah diadakan di ruang legar KLIA dan KLIA 2 pada Isnin baru-baru ini.

Festival ini berjaya diadakan dengan kerjasama antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeara (JKKN) Selangor dan Malaysia Airports Berhad (MAHB) bagi mempromosikan jenama negara kepada para pelancong.

Pengarah JKKN, Ghazali Bidin ketika ditemui Harian Metro memaklumkan, tujuan lain festival ini diadakan adalah untuk memperkenalkan warisan budaya tradisional Malaysia dengan inisiati MAHB ‘Joyful Malaysia’.

“Kami merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian dan sokongan yang diberikan Malaysia Airports dalam menjayakan Festival Nasi Ambeng yang julung kalinya diadakan di KLIA dan klia2.

“Harapan kami kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkenalkan warisan budaya tempatan bukan saja kepada rakyat Malaysia, juga kepada pelancong asing,” ujarnya lagi.

Bagi membuatkan festival tersebut lebih meriah, pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian dari negeri Selangor turut diperkenalkan dan menarik pelancong untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

VIDEO: Makan-Makan: Nasi Goreng Butter Prawn Bob