Puncak Kinabalu Kini Sesejuk 2° Celcius

0
5123

Merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara dan di Malaysia dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut tidak menghairankan mengapa suhu di puncak Gunung Kinabalu terasa sangat sejuk.

BACA: 3 Gunung Kaki Hiking Perlu Tawan Di Sabah

Buat masa ini di puncak gunung itu sedang mengalami ‘fenomena musim sejuk’ yang mencecah serendah 2° Celcius.

Para pendaki Gunung Kinabalu yang mendaki pada bulan ini berpeluang melihat sebahagian kawasan Low Peak Gunung Kinabalu membeku kerana suhu yang rendah itu.

Lebih menarik lagi kolam, lopak air dan embun yang berada di Gunung Kinabalu juga turut membeku ekoran kesan daripada tiupan angin sejuk dari Siberia.

Menurut Presiden Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi memberitahu situasi yang berlaku sekarang agak berbeza namun ia tidak sehingga menganggu aktiviti pendakian ke puncak gunung.

Pengurus Taman Kinabalu Sabah, Yassin Miki turut menambah bahawa suhu di gunung itu mencecah serendah kosong celcius. Bahkan fenomena musim sejuk seperti ini pernah dilaporkan berlaku pada tahun 1975, 1990 dan 1993 serta tahun 2015 dan 2016.

VIDEO: Memang Berebut Makan Gulai Ikan Tongkol Kat Sini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram