Putera Harry Bakal Buka Puasa Dengan Rakyat Singapura Bulan Depan

0
1009

Tak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan ada yang sudah teruja untuk menyambut bulan Ramadan penuh barakah dengan keluarga tersayang.

BACA: Kos Berbuka Puasa Di Masjid Nabawi Cecah RM1 Juta Sehari

Gambar sekadar hiasan

Istana Kensington Palace memberitahu kepada umum melalui akaun Twitter rasminya bahawa Putera Harry bakal ke Singapura untuk berbuka puasa di sana.

Puter Harry bakal ke negara itu untuk menghadiri majlis resepsi yang dianjurkan oleh Action for AIDS 4 Jun ini. Malah, putera Harry juga menyertai acara amal tahunan Piala Polo Royal Sentebale Royal Salute yang bakal diadakan pada 5 Jun nanti.

Putera Harry dan Putera Seeiso dari Lesotho menubuhkan badan amal itu demi menyokong kanak-kanak yang menghidapi penyakit HIV di Afrika Selatan.

Putera Harry terkenal dengan sikapnya yang baik itu sentiasa disayangi oleh rakyatnya. Beruntung rakyat Singapura dapat berjumpa dan berbuka puasa dengan putera berjiwa rakyat itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pengalaman Kami Berbuka di [email protected], Dataran Merdeka