Rahsia Masyarakat Jepun Makan Sikit Dan Sihat

0
3178

Masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan tahap kesihatan dan kecergasan mereka serta tubuh badan mereka yang sihat dan mempunyai tahap body mass index (BMI) yang unggul.

BACA: Panas Di Thailand Hingga Boleh Masak Stik

Pemakanan merupakan faktor terpenting mengapa masyarakat Jepun majoritinya mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Lihat sahaja cara memasak makanan tempatan di sana yang tidak banyak menggunakan minyak masak kerana teknik rebus, kukus dan bakar yang banyak digunakan.

Selain itu, ada satu lagi rahsia masyarakat Jepun amalkan ketika menikmati makanan iaitu menyebut tiga kata ini “hara hachi bu”.

Dikatakan perkataan ini seperti satu doa yang mempunyai masyarakat di sana cepat berasa kenyang tak tidak makan berlebihan walaupun sedang lapar.

Cara mengunyah dan etika di meja makan juga membuatkan perut berasa kenyang iaitu dengan kunyah secara perlahan-lahan dan mengambil masa tersendiri supaya betul-betul menikmati makanan tersebut.

Perkara lain yang menariknya adalah ramai masyarakat di sana mengamalakn berhenti makan apabila 80 peratus berasa kenyang.

Cara sebegini jugalah yang disarankan dalam Islam iaitu “makan jika lapar, berhenti apabila kenyang”.

Jadi bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan bolehlah mengamalkan cara seperti masyarakat Jepun ini.

VIDEO: [Vlog 13] Vitdaily Makan Banyak Tapi Kurus? Ini Jawapannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram