Ramai Dah Cuba Resepi Biskut Famous Amos Viral Ini!

0
4296
Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

Apabila melalui kiosk atau kedai yang menjual Famous Amos Cookies di pasar raya atau pusat membeli belah pastinya anda akan terbau haruman biskut dibakar segar yang membuatkan anda tertarik untuk membeli biskut yang sedap itu.

BACA: Resepi Almond Crunchys Cookies Ini Mampu Bantu Anda Jana Pendapatan

Tidak dinafikan rasa biskut yang dijual oleh Famous Amos memang sedap terutamanya chocolate chip cookies mereka dan berkualiti namun harganya boleh tahan mahal juga.

Oleh itu kami kongsikan satu resepi chocolate chip cookies yang dikongsikan oleh Roziana Ahmad di Facebook Group Masak Apa Hari Ini. Dikatakan biskut ini mempunyai rasa seakan-akan biskut chocolate chips yang dijual di kiosk dan kedai Famous Amos.

Bahan-bahannya

1 buku mentega (lebih kurang 300gm)
1 cawan gula kaster
2 cawan gula perang/gula merah
2 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 cawan chocolate chip
1 cawan kacang almond tumbuk (sekiranya ada)

Bahan untuk diayak
2 1/2 cawan tepung gandum
1 suduteh baking soda
1/2 suduteh garam halus

Cara-caranya

1. Satukan mentega, gula kaster, gula perang, telur dan esen vanila di dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sedikit kembang.

2. Setelah itu masukkan tepung yang telah diayak bersama baking soda dan garam halus sedikit demi sedikit sehingga habis.

3. Seterusnya boleh masukkan chocolate chip dan kacang almonD dan gaul rata dengan adunan.

Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

4. Untuk membentuk biskut, hanya gunakan sudu kecil dan skup ke atas dulang pembakar. Atau gunakan tangan.

5. Panaskan oven lebih kurang 15 minit dan bakar adunan biskut 160 celcius dengan jangka masa 15-20 minit atau biskut kelihatan berwarna perang.

Selamat mencuba!

VIDEO: Makan-Makan: Kepak Ayam Bibie

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram